Alhamdulillah hari ini dengan jayanya TASKA PERMTA KELUARGA BUKIT PERAH berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya disertai oleh semua kanak-kanak taska beserta keluarga masing-masing,seawal 7 pagi Irfan terjaga dari tidur,celik mata je terus cakap "ifang nok gi kat org kaweng"..meaning is...jamuan raya kat taska dia lah ni.Sungguh gembira dia dapat berjumpa dengan kawan-kawan dalam suasana berbaju raya,Irfan antara yang paling tak duduk diam sepanjang berada di Taska.yaallah.....tak reti duduk diam budak ni.....semua kawan2 Irfan berbaju raya,seronok pula saya melihat nya.....saksikan serba sedikit...
Voting
Saturday, September 25, 2010
Jamuan Raya Taska Permata Keluarga
Thursday, September 23, 2010
Kursus KESEDAR INN Gua Musang Kelantan
Alhamdulillah saya selamat kembali dari berkursus di Gua Musang,Kelantan setelah dengan jaya nya saya dapat menghabiskan selama 4 hari 3 Malam berkampung di Kesedar Inn.perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 7 jam ke sana cukup menguji kesabaran,maklumlah dengan Bas jabatan,lainlah kalo kita pergi ngan kereta sendiri kan,mungkin perjalanan mengambil masa yang agak pendek,memandangkan terdapat jalan alternatif yang lain seperti kenyir-aring...setibanya jam 3.30 petang saya berserta rakan2 terus chek-in room.sy dapat room 12.duk sekali ngan Norlida from sk Kemasik Kemaman,agak penat tetapi boleh lah....tempat pon agak selesa walaupon view yang tak berapa nak menarik,manakala bab makan pulak...ha...memang kena ngan selera cuma kekadang ada sejenis dua kuih yang tak lari dari selera orang kelantan yang MANISSSS......hihi...tapi apa pon tq kepada pihak pengurusan maklumat dan ICT JPNT kerana memberi peluang untuk saya menambah ilmu yang tersedia ada.....
Wednesday, September 15, 2010
Pre-Reunion
Sebenarnya sambutan Aidilfitri tahun ini saya rasa amat bermakna,mana tidaknya,boleh dikatakan hampir setiap hari rumah saya dikunjungi tetamu.lebih bermakna lagi dengan kehadiran rakan sekolah rendah yang ada diantaranya hampir 16 tahun tak jumpa,jumpa pon hanya dalam facebook,tidak secara live.kunjungan rakan -rakan saya ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan yang sekian lama terpisah.Alhamdulillah syukur sangat-sangat,walau pun bukan semuanya yang hadir,tetapi cukup sekadar dapat melepaskan rasa teringat kepada kawan-kawan lama.....Terima Kasih ALLAH.diharap kalian semua tidak serik untuk datang lagi...dan apa yang sangat penting kami semua plan tahun depan nak buat reunion untuk semua rakan seumur berjumpa.....wah...best ni
Monday, September 13, 2010
Letih Melayan Tetamu (raya ke-3)
Sunday, September 12, 2010
Aidilfitri 2010
Sunday, September 5, 2010
Table = furniture
Jumaat baru2 ni ke kedai perabut Kuala Ibai,sebenarnya dah lama plan nak cari table untuk letak kuih raya.Rumah sya tak de set sofa atau whatever lah untuk tetamu,oleh yang demikian saya suggest untuk encik hubby "apa kata kita beli satu meja untuk letak kuih tetamu raya nanti.Tak lah letak atas lantai sgt kan....so dapatlah yang ni sebijik.memadai lah untuk letak kan "kuih raya tunjuk" saya sekeluarga,dan meja ni jugak lah merangkap meja surf internet...hihihik...itu yang penting....ok itu saja....ni entry raya lom masuk lagi neh.orang lain dah berkebut tulis kad2 raya bagai,saya masih terkial kial....takpe ada masa lagi...tata
*maaf ye kualiti gambar kurang memberangsangkan...takkan nak camera baru kot....tak kose aku nak layan...nafsu semua tu
*maaf ye kualiti gambar kurang memberangsangkan...takkan nak camera baru kot....tak kose aku nak layan...nafsu semua tu
Friday, September 3, 2010
Picnic
Sungguh panjang rambut budak ini.mau di gunting ni sambut raya.petang semalam mcm biasa kua beli barang mesti kena berbuka kat luar kalo tak, sah-sah tak sempat nak membeli mau tidak nya,menempuh jem ..oh tidak,itu pon semalam sebelom berbuka lebih kurang jam 5.30 petang saya singgah ariani sekejap,selesai kat situ terus ke taman shah bandar membeli kuih dan air memandangkan lauk dan nasi saya dah siap masak kat r umah.memang begitu cara saya berbuka lebih jumat dan sedap masak sendiri dari beli semua nya.Kami mkn kat Pantai Batu buruk.dan mcm biasa jugak penuh manusia yang turut sama berbuka kerana masing-masing nak kejar masa membeli barang keperluan raya.masing2 ada yang kelek bakul macam saya jugak,penuh bekal...suka jugak sbb rasa mcm suasana picnic....ok...pastu lepas berbuka kami ke giant..cari apa yang patut merangkap solat maghrib.pastu ke TTc cari baju melayu dan kopiah si Irfan ni,then seterusnya ke kedai furniture....on the way ke kedai furniture ni lah saya terserempak dengan kemalangan yg melibatkan 7 buah kerete...kesian kan.tak dapat lah beraya kereta dorang rosak teruk...ish..ish...Nauzubillah
Thursday, September 2, 2010
BERSIH bilik
jumaat -Hari ni saya Terrrrajin pulak bersih rumah..ops..bukan rumah....just bilik hokeh....dah lama rasa saya nak kemas bilik kain baju saya ni...rumah saya bilik tak banyak hanya 3.Masterroom pastu 2 bilik kecik.1 bilik Irfan 1 lagi bilik kain baju merangkap bilik segala semak samun.Harini Alhamdulillah walaupun tanpa sahur pagi tadi saya berjaya meluaskan space bilik yang sempit dengan barang-barang yang langsung tak berguna...puas hati arini mak bersih bilik ko......ha sekali sekala terbit kerajinan yang terpendam,comey dan kemas jadinya.tapi malas pulak nak snap gambo ..tak pe lah janji dapat luahkan dlm blog kesayangan ku ini...ni jap lagi nak kua plak ni cari baju melayu anak teruna,,,hikhikhik...ok tara....assalamualaikum...
Subscribe to:
Posts (Atom)