Voting

Friday, October 15, 2010

Last night @ i-CityShah Alam

Saya dan rakan rombongan cik kiah telah sepakat jalan-jalan @ I-city Shah alam,jalan-jalan tengok cahaya,oleh itu,,ape lagi begamba aje lah...

 Ambe yang bersandar

Kamil,Awie,ambe,wafi

suka gambar ni...cuma efect muka wafi tu tak jadi..

Anis


Mek sedikit koya

urusetia OSS Day 2010 @ Putrajaya




Isnin lepas saya antara yang terpilih di tugaskan menjadi urusetia hari sumber terbuka OSS Day 2010 @ Putrajaya.Saya bermalam di rumah rehat Flat Hijau.mula mula rasa pelik dan bajet tak selesa,tapi alhamdulillah semua kemudahan ada.majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyidin Bin Hj yassin Timbalam perdana Menteri Malaysia.berikut sedikit kenangan sepanjang 4 hari saya disana


pelbagai program yang melibat kan open O.O dan LMS telah dilaksanakan,agak kalut tapi semuanya bejalan dengan lancar.

Friday, October 8, 2010

Ajar anak tak pakai diaper

Harini merupakan hari pertama dan kiranya mcm buat julung kali lah saya train si kecik Irfan untuk tidak memakai diaper lagi.Mula-mula rasa tak yakin jugak...tertanya-tanya boleh ke budakni....tapi memikirkan rakan sebayanya dan adik -adik taska yang lain dah pandai cakap nak kencing ke...nak berak ker...Irfan ni bukan tak cakap,tapi cakap selepas sudah kencing atau berak.So tak pe hari ni saya mulakan.sedari pagi Irfan nampak ok je.mampu bertahan.kebetulam semalam saya bermalam di rumah emak,so ramai yang memerhatikan dia.3-4 kali jugak saya asyik duk pesan kat dia"irfan nak kencing bagi tau ye"...dia just angguk.sehingga tengahari Irfan masih mampu bertahan.Tapi akhirnya anak mama tewas....tetiba dia bagi tahu nak kencing,cepat-cepat saya bawakkan dia ke tandas,rupa-rupanya tak perasan seluarnya dah basah kuyup.dah melimpah ruah di lantai.alamak...dan petang ni lagi sekali Irfan tewas apabila terkencing dan terberak di dalam seluarnya da paling memalukan iyanya berlaku di rumah kawan mama.Aduh.....Irfan oh Irfan....

Friday, October 1, 2010

suami yang jemput

Memandangkan shift untuk saya jaga budak dah habes,saya mintak suami yang datang ambil saya kat Kem hari ni.sekali sekala bawak anak tempat2 mencabar mcm ni,tak salah kalo tumbuh minat nak serta aktiviti sihat macam ni.kan...dan kami singgah ke hutan lipur danTasik Kenyir...jalan jalan cuci minda..

Kenyir lake

Panas weh...

My B

posing ala2 naik cruise lak...perasan...

berenti sekejap kan hutan lipur

Irfan nak mandi tapi tak boleh sbb dia baru sihat dai demam

mama pulak yang lebih...itu Harussss...


Panas terik ni....

Hari Yang Penat

Hari ni adalah hari yang penat buat saya,manakan tidak menyertai perkhemahan pelajar skP.seronok dan berbaloi berjaga hamppir 24 jam.perlbagai kenangan dapat saya kutip sepanjang 2 hari berada di tapak perkhemahan iaitu di Kem Merbau Menyusut Setiu Terengganu.Kehambaan yang dijangkakan dari sebelum saya sertai ternyata meleset sama sekali.kem yang jauh terpencil tapi sebenarnya amat sesuai untuk kanak-kanak dari sek rendah ini beraktiviti.apa tidaknya khemah-khemah didirikan dibawah pepohon buah-buahan yang merimbun.Menurut JU yang bertugas disana,semua pokok buah-buahaan disini mengeluarkan hasil yang banyak bulan puasa baru -baru ini.andai kata bulan berkenaan bukan jatuh pada bulan puasa,dan kami mengadakan perkhemahan disana,ternyata kami semua dapat merasa nikmat makan buah-buahan dengan seronoknya.Apapun terima kasih kepada semua guru dan staff SKP kerana bejaya mengadakan program ini dengan jaya nya walaupun hari ini hari kedua dan perkhemahan berakhir pada hari esok.Rasa sayang nak tinggalakan adik -adik di tapak perkhemahan.budak-budak ni sporting dan dengar cakap, itu sebabnya kami senang nak menguruskan diorang ni.itu saja dari saya ...malam ni prog ram persembahan akhir kumpulan ...saya tak dapat lah nak join memandang kan kami bertugas mengikut shift.harap semua nya selamat dan ok



Ni hari mula-mula kami sampai.terus masak-memasak sediakan makanan uttuk makan tengahari

bergmabar dalam khemah sebelum tidorrr...masa ni jam dah hampir kul 1 Pagi...tapi masih keras mata

breefing sebelum jungle tracking

dengan adik comel ni bukan peserta tau..ni budak tupang je..

Segar dan sejuk mata memandang view kebuh berbukit ni

benti rehat seketika,basahkan tekak dengan bekal air

musuh utama AKU

bersama Ketua Perkhemahan cikgu Hasbul

seronok tengok cikgu Zokry dikhianati oleh anak-anak murid nya


Saturday, September 25, 2010

Jamuan Raya Taska Permata Keluarga


Ini adegan diluar perancangan.dengan tetiba-tiba budak bertiga ni muncul depan halayak main kompang tanpa disuruh cikgu mereka

Duit raya

Irfan dan cikgu Mai


Alhamdulillah hari ini dengan jayanya TASKA PERMTA KELUARGA BUKIT PERAH berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya disertai oleh semua kanak-kanak taska beserta keluarga masing-masing,seawal 7 pagi Irfan terjaga dari tidur,celik mata je terus cakap "ifang nok gi kat org kaweng"..meaning is...jamuan raya kat taska dia lah ni.Sungguh gembira dia dapat berjumpa dengan kawan-kawan dalam suasana berbaju raya,Irfan antara yang paling tak duduk diam sepanjang berada di Taska.yaallah.....tak reti duduk diam budak ni.....semua kawan2 Irfan berbaju raya,seronok pula saya melihat nya.....saksikan serba sedikit...



Entah mcm mn dia boleh dapatkan mic ni...selamba je rembat konon2 menyanyi lah tu

kan dah kata
ini kawan saya Zaiton namanya...Mama kepada kawan Irfan, Rafiq

tak sempat bergambar

Rafiq menang Prince of the day kerana berbaju paling cantik...