Voting

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 2010



Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kaun muslimin dan muslimat...sekali lagi kami sekeluarga memohon maaf di atas segala salah dan silap sepanjang saya,NIK HAYATI,berblogger bersama kalian.tersalah dan tersilap harap di maafkan,sebarang paparan di blog yang tidak seberapa ini diharap kalian tidak menganggap ianya untuk menunjuk-nunjuk,tetapi sekadar berkongsi kegembiraan dan kesedihan,saya juga manusia yang daif,dan sentiasa melakukan kesilapan.ampun maaf dipinta....sekali lagi Selamat Hari Raya....Rayakan sebulan.....tata

Sunday, September 5, 2010

Table = furniture



lappy dulu baru kuih Raya dan bunga raya..eh bukan bunga raya kebagsaan tu...bunga hiasan raya nah....


Jumaat baru2 ni ke kedai perabut Kuala Ibai,sebenarnya dah lama plan nak cari table untuk letak kuih raya.Rumah sya tak de set sofa atau whatever lah untuk tetamu,oleh yang demikian saya suggest untuk encik hubby "apa kata kita beli satu meja untuk letak kuih tetamu raya nanti.Tak lah letak atas lantai sgt kan....so dapatlah yang ni sebijik.memadai lah untuk letak kan "kuih raya tunjuk" saya sekeluarga,dan meja ni jugak lah merangkap meja surf internet...hihihik...itu yang penting....ok itu saja....ni entry raya lom masuk lagi neh.orang lain dah berkebut tulis kad2 raya bagai,saya masih terkial kial....takpe ada masa lagi...tata


*maaf ye kualiti gambar kurang memberangsangkan...takkan nak camera baru kot....tak kose aku nak layan...nafsu semua tu

Friday, September 3, 2010

Picnic






Sungguh panjang rambut budak ini.mau di gunting ni sambut raya.petang semalam mcm biasa kua beli barang mesti kena berbuka kat luar kalo tak, sah-sah tak sempat nak membeli mau tidak nya,menempuh jem ..oh tidak,itu pon semalam sebelom berbuka lebih kurang jam 5.30 petang saya singgah ariani sekejap,selesai kat situ terus ke taman shah bandar membeli kuih dan air memandangkan lauk dan nasi saya dah siap masak kat r umah.memang begitu cara saya berbuka lebih jumat dan sedap masak sendiri dari beli semua nya.Kami mkn kat Pantai Batu buruk.dan mcm biasa jugak penuh manusia yang turut sama berbuka kerana masing-masing nak kejar masa membeli barang keperluan raya.masing2 ada yang kelek bakul macam saya jugak,penuh bekal...suka jugak sbb rasa mcm suasana picnic....ok...pastu lepas berbuka kami ke giant..cari apa yang patut merangkap solat maghrib.pastu ke TTc cari baju melayu dan kopiah si Irfan ni,then seterusnya ke kedai furniture....on the way ke kedai furniture ni lah saya terserempak dengan kemalangan yg melibatkan 7 buah kerete...kesian kan.tak dapat lah beraya kereta dorang rosak teruk...ish..ish...Nauzubillah

Thursday, September 2, 2010

BERSIH bilik

jumaat -Hari ni saya Terrrrajin pulak bersih rumah..ops..bukan rumah....just bilik hokeh....dah lama rasa saya nak kemas bilik kain baju saya ni...rumah saya bilik tak banyak hanya 3.Masterroom pastu 2 bilik kecik.1 bilik Irfan 1 lagi bilik kain baju merangkap bilik segala semak samun.Harini Alhamdulillah walaupun tanpa sahur pagi tadi saya berjaya meluaskan space bilik yang sempit dengan barang-barang yang langsung tak berguna...puas hati arini mak bersih bilik ko......ha sekali sekala terbit kerajinan yang terpendam,comey dan kemas jadinya.tapi malas pulak nak snap gambo ..tak pe lah janji dapat luahkan dlm blog kesayangan ku ini...ni jap lagi nak kua plak ni cari baju melayu anak teruna,,,hikhikhik...ok tara....assalamualaikum...

Saturday, August 28, 2010

Bukan Main semangat lagi anak mama hari ni nak gi sekolah...ni semua penangan helmet baru,Pagi tadi saya kejutkan irfan jam 7 pagi mula2 mcm biasa lah agak susah nak buka mata,saya ayat sikit je ...gini "fan.....bangun fan....jom pakai smart2 nok gi skoloh....nok paka topi kleda baru "....fiuhhhh!!!!!...terus bagun turun bawah sbb dia selalu mandi bilik air bawah...huh tak payah di suruh2...siap pakai baju semua terus capai helmet dia dan sauk sediri kat kepala....Ya Ampun anakku....bukan main lagi kalo menda yang dia minat..sungguh smart Irfan pagi ni...

Friday, August 27, 2010

helmet ke sekolah


HA......baru mlm ni jumpa helmet ni...kebetulan plak kedai ni bukak walaupon hari ni hari jumaat.Irfan sekarang dah tak nak saya hantarkan dia ke taska.nak abahnya jugak hantarkan.....katanya nak naik motor.jadi sebelum ni abah je yang pakai helmet..Irfan tak pakai pon...oh sungguh tak patut...bahaya kan.so ahad ni boleh lah ke sekoah pakai helmet baru ni....sungguh cute anak mama....berhelmet hijau...hahahaha

shopping raya lebih kepada ANAK

oh kasut anak dah selesai,selipo pon dah beli jugak 1 pasang,seluar dan kemeja pon dah beli tunggu lagi sepasang sut melayu dan songkok,tak larat dah kami nak tempuh jem on the road....sungguh ramai rakyat terengganu kluar shopping raya.....husband pon dah beli sikit dia punya...Saya serba simple this year...sbb baju kurung dah siap sbb kakak ipar yang jahit,so memang senang,yang lain pakai mn ada je lah tapi nak jugak kat bawah ni....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
ekceli ni bukan kasut raya pon....tapi saya ni dah 6 tahun lebih kerja masih belum ada kasut kerja.di kesempatan raya ni,memangdang kan clark ada patern2 baru so saya mengambil kesempatan untuk dapatkannya sepasang,boleh lah pakai time kursus.pernah dulu saya masuk kursus di tegur kerana dari atas kepala bukan main...sampai kaki,saya ditegur kerana hanya pakai sendel...sendel ni bukan apa..bagi saya ringkas dan memudahkan pergerakan.tapi tu lah tak sesuai masuk kursus.tu yang beli sepasang...hehehe buat sebok beli musim raya kan...hehehe,,tapi boleh lah selit-selit buat raya.....