Cerita ni agak lama sudah berlaku.....Irfan mempunyai buku rekod pelajar...sebagai anak asuhan taska Permata.Bukan hanya dia sahaja,kanak-kanak lain pun turut sama diwajibkan mempunyai buku berkenaan bagi memudahkan ibu-bapa dan guru membuat ulasan tentang Anak dan anak murid masing.Terlupa bila tarikhnya.........ulasan dari cikgu,"10)-Irfan memberi perhatian sekejap je terhadap pembelajaran" 2)- suka mengusik kawan-kawan dan yang tak tahan saya baca....3)- "IRFAN SUKA BUAT LAWAK".....Ya Allah kat rumah tak payah cerita lah memang dia suka buat lawak,tak sangka pulak saya pe'el lawak nya di bawa bersama ke sekolah.....tapi apapun saya gembira dengan prestasi dia sekarang walaupon kadang-kadang ada pe'elnya menyakitkan hati dan menaik kan suhu kemarahan mamanya ini.sekali sekala telinga nya tetap saya jentik....sekarang Irfan dan boleh baca doa makan,walaupun dalam pelatnya....menadah doa selepas mendengar azan...sembahyang tunggang tebalik,boleh membilang nombor dan menyebut huruf walaupon tak mengukut turutan...makan nasi sendiri..(kalo tengah lapar..nasi tak tumpah.kalo dah kenyang habis jatuh kat lantai)...kalo menangis...suka sebut "ibu...ibu..ibu" terikut cara menangis kawan kat taska.Saya pulak naik angin...mengada-ngada panggil ibu "mama lah".....Irfan langsung tak layan..irfan oh Irfan....
Voting
Wednesday, April 21, 2010
Saturday, April 3, 2010
Dah Setengah Bulan
Alahai teman-teman yang pernah menyinggah kat blog saya ni...dah setengah bulan tak update blog.....bukan apa....saya betul -betul rasa tak sihat.Selsema tak baik-baik lagi.pening tengok cahaya...so tak leh tengok pc lama-lama dah lah saya ni memang rabun.kalo kena cahaya bertambahlah silaunya.Tapi Alhamdulillah....semangat datang kerja tak pernah hilang.masih kebal dari merayu kat Doktor untuk dapatkan M.C.Terima Kasih Ya-Allah kerana masih menyihatkan saya....ok lah nanti kalo ada cerita-cerita menarik sudah pasti saya update ok...di serta dengan kesihatan tubuh badan dari Allah yang maha Esa...saya pasti merialisasikan setiap apa jua cerita suka duka untuk dikongsi bersama....babai...
Wednesday, March 17, 2010
Demam Selsema
Harini dah masuk hari ke-3 saya demam selesema + batuk bagai,tp masih tak de rasa nak ke klinik memandangkan ubat-ubatan yang demam bulan lepas masih banyak kat rumah,kalo ke klinik pon just nak mintak mc.So memandangkan minggu ni cuti sekolah dan memang tak de kerja,so saya gagahkan diri untuk datang.Irfan pulak progrest dah makin baik kat skul.nak masuk kereta pagi tadi siap cakap kat saya "mama! nok gi kat Cikgu".....Alhamdulillah senang hati saya dengar bila anak dah dapat nyesuaikan diri.Mana tidaknya b4 this,kalo tanya "esok nak gi skolah?"....Irfan selalu geleng kepala.Susah hati betul.mudah-mudahan Irfan ok kat skul....Irfan budak Bijak.....hehe...
Saturday, March 13, 2010
percutian tanpa dirancang
Malam jumaat lalu suami meminta saya bersiap dan berkemas kerana katanya besok (jumaat) nak gi ke Perak,saya pada awalnya ingat kan dia nak ke perak mungkin dengan kawan-kawan diatapi katanya kita gi "bertiga".so ape lagi kemas barang lah mak budak ni.so seawal jam 8.00 pagi kami berangkat dan memang ke perak pon cari barang suami.Tetiba kami melencongkan diri mendaki...wah rupanya memangtiada perancangan pon .nasib baik masa bekemas semalam rasa mcm nak bawak banyak pakaian .yes..kami ke Cameron Highland....memang berlaku tanpa dirancang.memang best dengan cuaca yangtak panas.tapi kesian untuk anak teruna sorang ni.mabuk bejalan entah berapa kali kami benti tepi jlan.Irfan muntah banyak kali.kesian dia....dah cengkung budak ni jadiknya...ape pon inilah suprise paling best sempena anniversary kami yang ke-4..teng-Q abah.make me happy with this suprise
then lepas beli kaktus dengan tak berapa puas hati nya.saya terus balik ke hotel dan singgah kat pasar malam brinchang untuk mencari makanan mengalas perut .maklumlah dah la sejuk,hujan pulak apa lagi lapo lah weh....terus balik hotel dan rehat
keesokannya a.k.a lastday,coz kami menginap for one night only ye...kami chek-out lebih kurang jam 9.30 pagi dan terus keluar ke .....seperti dibawah....strawberrie dan Ladang Teh
Lepas tengok Strawberries,kami bergerak ke ladang teh dekat BOH ump!!!!
begitu agung ciptaan Allah.teramat cantik view kat sini
begitu agung ciptaan Allah.teramat cantik view kat sini
masa masuk dalam ni en.husband sorang je yang masuk.saya tengah meriba Irfan yang lena sangat tidurnya,dah tak larat dah mendaki sambil mendokong sebab kami silap parking kereta kat bawah so kami tepaksa naik bukit jalan kaki.ape pon best sebab boleh lalu jalan kaki ikut batas-batas poko teh
Setelah penat berjalan kami pulang.perjalan pulang bermula jam 1.00 petang bermula dari ladang teh.OTW balik kami singgah kat Kenyir.tengok tempat pemeliharaan gajah.yang besar tu nama Suria yang kecik nama Seri
Tuesday, March 9, 2010
Irfan dan Taska Permata
Saturday, February 27, 2010
Pesta Buku TTC
Salam Blog,
cerita hari minggu saya dengan anak dan suami,Jumaat baru-baru ni saya ajak suami ke Pesta Buku kat TTC.nak cari buku untuk Irfan.kasi blajar kenal-kenal gambar.
cerita hari minggu saya dengan anak dan suami,Jumaat baru-baru ni saya ajak suami ke Pesta Buku kat TTC.nak cari buku untuk Irfan.kasi blajar kenal-kenal gambar.
Inilah hasilnya.Kamus Bergambar untuk Irfan.bagus ni sebab didatangkan dalam 3 bahasa.melayu,Inggeris dan Arab
Abes jalan-jalan kat pesta buku...singgah kat batu buruk jap.Tidak lupa gambar kami bertiga
musim budak-budak main layang-layang,penuh orang petang tu kat batu buruk
Saya pun suka tengok layang-layang
Dah nak balik singgah sebentar beli sotong bakar...best.......
Tuesday, February 23, 2010
cerita sepetang (bahasa GANU)
Arini letih rasa,lemau badang kata orang,rasa mcm senga-senga tulang gitu,pagi tadi ada taklimat kat PPD awal2 pagi gi doh...dekak kul 12 baru siap taklimat,pastu balik rehat sekejak
mari sekolah plok,petang ni nak hantar mok,nok gi bercuti-cuti ke INDONESIA,bukang hantar sampai INDON,hantar dekat je,depang rumah saya je,tempat mok dan kawang-kawangnya berkumpul,pastu ni tengah pk rasa macam nok gi pesta buku lah kat bando, lama doh nak beli buku yang dihajati,nok gi Pustaka Sri Intan,sokmo dok dang.Hari ni start tapi mareng gi bando lupa nok tengok sampai bila,rasanya Jumaat ade lagi kot,mesti sampai hari minggu kalu dok,dok meriah lah pesta buku tanpa hari minggu.ke guaner????hehehe petang ni pulok kalu tak dok ape2 hajatnya nok gi tengok baby kawan.Meja nama kawan saya tu.ye buleh baby girl,goknye,nok gi tengok lah.bunyi kata comey,nurong pok die,dok tahu lah tu guane-guane kira pong petang ni ah nok gi tengok,kalu dok ujang ah.nurong sape2 pon dok kesoh,asal sehak ,muka budok ni bruboh sokmo,ye ngeruk sokmo.heheheh.
mari sekolah plok,petang ni nak hantar mok,nok gi bercuti-cuti ke INDONESIA,bukang hantar sampai INDON,hantar dekat je,depang rumah saya je,tempat mok dan kawang-kawangnya berkumpul,pastu ni tengah pk rasa macam nok gi pesta buku lah kat bando, lama doh nak beli buku yang dihajati,nok gi Pustaka Sri Intan,sokmo dok dang.Hari ni start tapi mareng gi bando lupa nok tengok sampai bila,rasanya Jumaat ade lagi kot,mesti sampai hari minggu kalu dok,dok meriah lah pesta buku tanpa hari minggu.ke guaner????hehehe petang ni pulok kalu tak dok ape2 hajatnya nok gi tengok baby kawan.Meja nama kawan saya tu.ye buleh baby girl,goknye,nok gi tengok lah.bunyi kata comey,nurong pok die,dok tahu lah tu guane-guane kira pong petang ni ah nok gi tengok,kalu dok ujang ah.nurong sape2 pon dok kesoh,asal sehak ,muka budok ni bruboh sokmo,ye ngeruk sokmo.heheheh.
Subscribe to:
Posts (Atom)