Voting

Wednesday, April 21, 2010

catatan dari cikgu


Cerita ni agak lama sudah berlaku.....Irfan mempunyai buku rekod pelajar...sebagai anak asuhan taska Permata.Bukan hanya dia sahaja,kanak-kanak lain pun turut sama diwajibkan mempunyai buku berkenaan bagi memudahkan ibu-bapa dan guru membuat ulasan tentang Anak dan anak murid masing.Terlupa bila tarikhnya.........ulasan dari cikgu,"10)-Irfan memberi perhatian sekejap je terhadap pembelajaran" 2)- suka mengusik kawan-kawan dan yang tak tahan saya baca....3)- "IRFAN SUKA BUAT LAWAK".....Ya Allah kat rumah tak payah cerita lah memang dia suka buat lawak,tak sangka pulak saya pe'el lawak nya di bawa bersama ke sekolah.....tapi apapun saya gembira dengan prestasi dia sekarang walaupon kadang-kadang ada pe'elnya menyakitkan hati dan menaik kan suhu kemarahan mamanya ini.sekali sekala telinga nya tetap saya jentik....sekarang Irfan dan boleh baca doa makan,walaupun dalam pelatnya....menadah doa selepas mendengar azan...sembahyang tunggang tebalik,boleh membilang nombor dan menyebut huruf walaupon tak mengukut turutan...makan nasi sendiri..(kalo tengah lapar..nasi tak tumpah.kalo dah kenyang habis jatuh kat lantai)...kalo menangis...suka sebut "ibu...ibu..ibu" terikut cara menangis kawan kat taska.Saya pulak naik angin...mengada-ngada panggil ibu "mama lah".....Irfan langsung tak layan..irfan oh Irfan....

No comments:

Post a Comment