Harini SKP mengadakan Jamuan perpisahan sekaligus jamuan akhir tahun di Lake Kenyir Resort and Spa.semenjak kelmarin lagi rakan2 sek saya suggest supaya bawak aje Irfan sekali.kata mereka bila lagi nak ajar anak biasakan diri dalam majlis.saya pada awalnya tak mo bawa sekali memangdangkan pe'elnya yang langsung tak reti duduk diam.tapi bila difikirkan kembali betul juga kata kawan-kawan saya,kalo selalu tinggalkan anak juga tak bagus dari segi didikan,anak-anak kita tak berkembang dan sampai besar dia susah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.so saya mengambil keputusan untuk bawa bersama irfan ke majlis,ditambah pula dengan suami yang tak sempat nak menjemputnya di taska petang tadi.dari rumah saya siap pesan awal2 lagi kat Irfan ni jangan nakal dan dengar kata mama.Irfan setuju dan tak cakap banyak,suka sangat bila diberi tahu nak ke Kenyir.TETAPI........apakan daya kalo sudah aktif tu jangan di pesan ape lah,semua tak di pakainya.saya sama2 berlari berkejaran ke hulu kehilir Irfan asik nak mandi kolam,merungut tak henti -henti ,asik main turun naik tangga,ya Allah saya rasa nak menangis hari ini,Hari yang terlalu penat melayan anak tanpa suami disisi,Ya Allah saya takut,saya takut sangat-sangat tengok gelagat dia yang bagaikan diluar kawalan.mungkinkan ini perkara biasa???tetapi selepas solat maghrib tadi saya sempat berdoa semoga Allah tidak serikkan saya untuk membwa bersama anak comel saya ke majlis lain di masa akan datang.......bagi saya,saya tidak mahu menanamkan sikap "serik" saya terhadap anak.saya takut saya takut anak ini tidak sempurna dari sudut yang lain.betul kata kawan-kawan saya.anak adalah segala-galanya,jika tak "buas" bukan budak namanya.....Ya Allah tolonglah fahami saya
irfan..irfan..jrg dia dpt jln2 nik, mmg hepi la kan..kuatkan semangat melayan karenah anak nik !
ReplyDelete