Voting

Monday, January 25, 2010

Mayat Depan Mata

Salam Blogs.....

Semalam Isnin 25/1/2010 Akan segar selamanya dalam ingatan ku dan akan berada dalam lipatan sejarah,berlakunya kejadian tragis dalam hidup saya melihat sekujur tubuh kecil berumur 8 tahun meninggal dunia depan mata saya.meninggal akibat lemas mandi sungai berhampiran rumah ibu saya.Ya Allah saya melihat betapa semangat kejiranan org kampung memberi kan bantuan CPR kepada budak yang sudah pon tidak bernyawa.Saya yang pada ketika itu mendokong Irfan hanya terpaku melihat keadaan budak yang tidak tahu ape2 tentang bahaya.hinggakan mata saya yang begitu mudah mengalirkan air mata setitik pon tidak terkeluar oleh kerana terlalu terkejut melihat raut wajah mayat yang sudah mula kebiru-biruan.....Mayat diusung dari tebing sungai oleh orang ramai untuk dibawa ke rumah berhampiran sementara menunggu nenek mangsa tiba.Dalam keadaan hiba org ramai masing -masing dalam keadaan terkajut dan mencari anak masing-masing untuk memberikan penghormatan terakhir,dan bagi saya parlu deberi lihat kepada budak2 lain sebagai pengajaran.Ya Allah saya tak dapat mengawal perasan ketika itu hingga tak terkata,bayangan sekujur tubuh itu ibarat kan anak sendiri atau adik.bagaimanakah untuk saya menghadapinya..mangsa juga merupakan pelajar yang sekelas dengan adik bongsu saya......"Ya Allah tempatkanlah mangsa dikalangan orang-orang yang beriman di Syurga mu.selamat kanlah seluruh kaum keluarga ku dan sahabat ku dari dugaan sehebat ini" amin....

No comments:

Post a Comment