Voting

Monday, November 30, 2009

Wabak Colera

Sepanjang cuti raya haji ni...macam-macam perkara terjadi....rabu minggu lepas,sms kat bos,bagitahu tak dapat masuk office anak teruna saya demam,ingat kan demam cacing,yelah dia selalu kene demam cacing.khamis,cuti jugak banyak kerja lah pulak tak dapat masuk opis ni,maklum saja lah nak raya haji,so 2 hari termakan cuti.hehehehe ni nak cerita jumaat pulak...Alhamdulillah...selamat lah kita menyambut hari raya aidiladhar...tahun ni saya dan suami tidak mangambil bahagian Qurban.InsyaAllah tahun depan.Malam raya saya tidur rumah sendiri,tak bermalam rumah mertua.walaupon giliran beraya haji ni berada di rumah mertua.alah dekat je...lagi pon takde nak buat persiapan ape-ape.Malam raya saya seperti biasa iron baju raya lah.maklumlah anak-beranak nak melaram,tapi apa pon tak lah semeriah raya puasa.awal pagi saya siapkan baju anak (baju melayu)..pakai cantik2 lepastu ajak suami bergambar sementara turun ke rumah mertua.TIBA-tiba.....wah!!!!habis...baju Irfan dan Abah dia...dibanjiri..bau yang$#%$(#$%@($&^.........apa lagi..Irfan lah buat bocor.....hehehe.
Maka dengan itu...tiadalah baju yang sepadan 2 beranak tu..terpaksa lah salin sut lain...Allah...nasib baik pulak sempat bergambar...tapi tak sempat gambar bertiga.disitu lah bermulanya colera menyerang Irfan.cirit-birit nya makin menjadi-jadi.
Ahad petang saya dan suami mengambil keputusan untuk membawa Irfan ke HHT,apa lagi dah 7 kali salin pampers...terus masuk air...doktor cakap mungkin Irfan warded...lepas tengok keputusan darah...-ve doktor membernarkan Irfan discharge...dan diberi ubat anti kuman colera...alahai hai anak teruma mama banyak betul dugaan menjadi ibu.riso betul saya .
Isnin pulak pergi kenduri sepupu saya kawin...sampai kat rumah tak sampai 1 jam..."Assalamualaikum..."dengar macam ade orang bagi salam...bukak pintu.."Saya dari jabatan kesihatan Hulu Terengganu datang nak buat siasatan wabak colera"ha......sudah...tak kisah lah kan..mungkin nak tinjau perkembangan Irfan.masa tu Irfan tidur.Rupa-rupanya....diorang datang nak pantau mak bapak Irfan....adus....diorang mintak semple najis saya dan suami.Dengan menyembunyikan perasaan malu,kami mengikut sahaja kehendak diorang,alah...takpe lah.langkah kesematannn...heheh.itu lah alkisah colera,mudah mudahan result nya kami semua -ve colera...amin...

No comments:

Post a Comment