Voting

Thursday, January 20, 2011

Bio Food pasti seronok memilikinya

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan terlebih bagus lagi untuk mereka yang rajin memasak,inilah masanya anda melihat apa yang ada dalam makanan seharian kita,saya yang telah menggunakan BF ini dengan senang hati ingin berkongsi pengalaman yang cukup mengejutkan..ok sila layanzzz....

Hasil ikan kembung yang telah saya ozon selama 30 minit..lihat lah BUIH bukan buih biasa ia sebenarnya bahan kimia yang terdapat pada ikan berkenaan dan selepas ozon.dengan sendirinya ia akan dibebaskan
inilah yang masuk ke dalam badan kita tanpa segan silu,dan membuat karat di dalam tubuh bdan kita sekeluarga,bayang kan apa akan terjadi jika bertahun ia mendap dlam sistem aliran badan????
 MUDAH • SELAMAT • BERSIH

BIOzone Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. Biozone Food Purifier adalah efektif untuk:

+ Menyingkirkan toksin larut air, toksik larut lemak dan bakteria dalam makanan
+ Memulihara kesegaran makanan
+ Menyingkirkan bau

Ciri-ciri produk

• 100% tiub silikon bergred medikal • Batu seramik bergred tinggi • Mudah alih • Selamat • Penyelenggaraan minima

Kelebihan Proses BIOzone

• Selamat • Penjanaan ozon yang konsisten • Efektif • Memulihara nutrien makanan

Cara penggunaan:

 Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam semangkuk air. Pastikan paras air menutupi makanan. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam air dan tekan butang pengawal masa untuk menentukan masa purifikasi.

Thursday, January 13, 2011

Irfan Terkucil

Kejadian berlaku petang tadi,balik dari menjemput Irfan ditaska,saya belikan dia ABC dan pisang goreng,seronok tengok dia makan.pisang goreng merupakan makanan kegemaran Irfan.....tetiba butang seluar dia tercabut,maka ternampak lah ehem-ehemnya,"eh Ipang dok pakai pempes yer" Irfan hanya ketawa dengan kuat,petanda bangga bercampur malu,ye lah umo dah nak masuk 4 tahun mesti bangga bila mama puji dia dah tak pakai pempes kan,ok selesai satu cerita......


beberapa minit kemudian,"mama ipang nok kecing" saya dengan laju nya ...ok..ok cepat gi tandas,ayyyyaaa.....rupanya seluar dah basah...
ok salin seluar.....selesai perkara ke-2


"mama ipang nok berok"...kejap ipang meh kita gi tandas kata saya kepadanya "masa tu dia betul2 berdiri atas karpet kecik dekat tangga,main pegang2 pagar tangga,INGIN TAHU!!!!!....rupanya T*%I dah 2-3 tongkol kat atas karpet Ya ALLAH yang tuhan ku,sabo je lah.betul2 rasa tercabar petang ni,,usung dia masuk toilet cuci punya cuci,pakai kan seluar panjang pulak, ......selesai perkara ke-3

"mama ipang nok kecing"dalam hati mama "pandai pulak bagi tahu nak kecing"...ok meh gi tandas,...rupanya dah terkencing kat situ pulak



AAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.......cobaaan.......salin lagi sila fikirkan berapa helaikah seluar Irfan telah terkorban petang ini?????

ok salin seluar lain turun main kat laur bersama anak-anak jiran....tetiba dari jauh terperasan seluar irfan BASAH LAGI.....ya Allah.......bila ni Irfan nak pandai bagi tahu kencing berak ni sayang......simpanlah pempes untuk adik mu kelak sayang,mama asik beli pempes je,beli susu dah la.....tapi ape pon yang terjadi mama ssssssssssssaaaaayang anak mama MUHAMMAD IRFAN......makin hari makain bijak bercakap,tak pelat dah pandai mengambil hati mama dah abah,tapiii pe'el ya allah,wallahwaklam......

Thursday, January 6, 2011

Perkara-perkara yang tidak disukai

Apabila tiba je musim tengkujuh dia pantai timur,perkara yang paling mek tak suka adalah seperti berikut


Tengok kain baju dalam bakul loundry
*
*
*
*
*
jemur kain baju tak kering-kering dan dah takde tempat nak sidai kain yang setiap hari mek basuh tu
*
*
*
*
*
tidak selesa nak bawak anak kluar jalan-jalan sebab musim ni langsung takde matahari
*
*
*
*
*
tak dapat mandi lama-lama,main air,sebab ya Allah,air dah jadi AIS
*
*
*
*
*
dan yang paling mek tak sukerrr ialah........
15 kali masuk tandas......sebab tak tahan sejukkkk......


DUA je mek suka,jimat letrik,sebab hampir sebulan kipas tak berpusing,
dan
Air sebab kurang mandi
hehehehe









correl mek

 balik rumah terus tukar ganti yang lama masuk rumah kayu wokeh,yang baru rehat atas  rak,hehehe


Akhirnya sampai juga korel mek tempah dari kawan mek beli direct dari Canada masih berbaloi dari beli kat sini.boleh la buat tukar2 ngan yang lama.baru makin besemangat nak hidang masakan untuk suami terchentaaa...

Monday, January 3, 2011

Penyakit "sekali sekala"

Hehehehe,dengar tajuk pun dah rasa macam mengong skit kan,tapi tak pe ni nak cerita sikit kisah mek sebentar tadi,



 Sudah menjadi kebiasaan,lama-lama ade la sekali datang penyakit saya "tak tahan rasa nak terkencing",dah seperti biasa juga lah tak kose mek nak ke klinik,sebab tahu hanya dengan minun skyjust banyak-banyak pasti penyakit mek akan hilang,mungkin nampak kasar mlm ni mek bercerita soal "kencing",tapi ini bukan main-main,ini adalah salah satu pemasaalahan kepada manusia dewasa ini.huh...mek kaluo bercakap,memang mek suke lebey-lebey ni....takpe sekali sekla mek lebey-lebey,ni manyak songeh pulak daku,


Dengarkan dialog mek bersama teman sebantal mek tadi

Ambe: Abang,org rase sakit la nok kecing 2-3 hari ni,mcm biase ah rase dok leh tahang,kalu wase nok kecing tu kene gi lalu jambang,dokleh nok ork-ork,kalu tebeng ork gok kicik lalu

Hubby : Doh gi klinik la,jangan lok-kalu lok koho sangat,(makna nya  kalo makin dibiarkan makain teruk) i know he right.

Ambe : Doh nok kabo gane ahu ni ke dokto ni,malu wase nok kabo 

Hubby : Kabo ke dokto gini......"doktor saya punya BREAK tak makan lah doktor,sudah lus"

Ambe : nganying molek deme v ke ambe ye bang.....cilakak guh

itu lah serba sedikit ubat kesakitan,dalam duk bincang soal kesihatan pon masih sempat mengubat duka.hehehe..tapi benar....benar ini terjadi kepada ramai wanita diluar sana,ini ade sedikit petikan yang mek google...silalah percaya


KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah  ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat  menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.
Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutamaapabila disebabkan oleh  kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.


Sila percaya - pesanan mek